My Chubby Friends

Memaparkan catatan dengan label Senyum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senyum. Papar semua catatan

Senyum

Senyum itu indah bak bulan purnama yang megah bercahaya. Tiada lagi perbuatan yang indah melainkan senyum. Isteri yang senyum kepada suami, umpama beribadah kepada Allah. Anak yang senyum kepada orang tuanya, umpama membawa beribu pengertian kasih sayang. Umat Islam senyum sesama mereka umpama sekumpulan aktivis yang berusaha mengeratkan perhubungan antara dua pihak yang bertelagah. Senyum membawa pelbagai makna, hak atau batil. Gunalah senyuman itu sebagai sesuatu yang hak. Kerana sesuatu kebatilan tidak akan bertahan lama. Ingat! Senyuman boleh didbaratkan sebagai senjata untuk mencairkan hati orang lain. Rasulullah juga berbuat demikian. Ingat! Amal sedekah yang paling senang dilakukan adalah senyum. Janganlah kita berpaling muka sesama umat, senyumlah untuk muhibah. Senyumlah untuk menghijabkan segala kedukaan dalam hati, bukanlah untuk bertujuan hipokrit tetapi bertujuan untuk tidak merisaukan hati orang lain. Senyumlah dengan apa yang ada, biarpun sudah tiada gigi, sumbing atau sebagainya, senyumlah dalam apa-apa situasi. Sudah pasti Allah akan merahmati mereka nanti.

READMORE
 

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.