My Chubby Friends

Memaparkan catatan dengan label Ngade-ngade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ngade-ngade. Papar semua catatan

Wordless Wednesday #4

I WANT 1 OF THEM...HAHA...RIGHT NOW!!





READMORE
 

Oh tidak!! Malang betul nasib aku hari ni!!

First time hilang dompet...aduh =="

Memang terbaiklah , semua dokumen penting ada kat dalam dompet tu..ic , kad-kad bank , kad meal-plan (habislah kalau sape2 yg jumpa tu budak UPM ..mesti diorang habiskanlah duit meal-plan aku tuh..aduh)

MALANG BETUL HIDUP AKU HARI NI!!

Sudahlah menyusahkan ramai orang , mak bapak aku pun susah jugak...hanya kerana aku!! Tak sedap hati la pulak...

Macam mana boleh hilang? Hmmm... ceritanya panjang lorh dan sampai sekarang aku masih tak tahu lagi kemana perginya dompet aku tu... Nampaknya hari Isnin nanti aku kena ponteng kuliah lah nampaknya sebab nak settlekan segala dokumen-dokumen penting yg dah hilang tu...banyak kerja nak kena buat ni , leceh betullah.

Apa yang aku dengar denda kalau hilang mykad sebanyak RM110 ...habislah , bisinglah parent aku nanti... aku ni memang cuailah!!

Cakap pasal duit...memang sayang , RM200 lesap begitu saje.. hampir menangis aku dibuatnya , besar jumlahnya untuk aku...entahlah , tawakal je la pada Tuhan ...kalau ada rezeki jumpalah . kalau tak ada nak buat macam mana kan.. Redha je lah.. Mungkin di sebalik semua ni ada hikmah tersirat yg aku sendiri pun tak nampak...







READMORE
 

Terima kasih :)

Bila aku memandang ke langit, aku terlihat awan
Bila aku memandang ke tanah, aku terlihat rumput-rumput kecil
Bila aku memandang ke hadapan, aku terlihat gunung tersergam indah
Bila aku memandang ke belakang, aku terlihat insan yang aku sayang
Ya, aku melangkah ke hadapan menuju ke gunung
demi mencapai ke puncaknya
supaya aku boleh menggapai awan di atasnya
supaya aku dapat melihat betapa luasnya tanah dibawah
dan, insan-insan tersayang
sentiasa berada di belakang
mendukung cita-citaku.......
Terima kasih semuanya
READMORE
 

Cerita ini...


Aku tertarik dengan cerita ini.....
               
Di dalam sebuah hutan, tegak berdiri sebuah pokok gergasi mengatasi pokok-pokok lain dengan dahan dan bunganya yang berselirat.
                Mencecah langit, bayangnya meliputi seluruh kawasan. Tidak ada satu pun pokok lain yang lebih besar dan kuat darpada pokok itu. Namun, ia tidak gembira. Jauh di dasar tanah akar mula berkata-kata “Kitalah sumber kekuatann pokok ini” kata mereka.  “Kita menyedut air dan zat-zat dari tanah tanpa kita, bagaimana pokok ini bisa berdiri?”
                “Aku yang membolehkan ia berdiri tegak sebegini,”satu suara lantang menjawab. “Aku adalah batang pokok ini, dan aku menampung berat dahanserta daun dan buah-buahnya. Lihatlah betapa besarnya aku,”degam-degum suaranya.
                Di bahagian atas pokok itu, daun-daun menggeletar. Kemudian, dalam berbisik mereka berkata, “Apa yang kamu katakan itu benar, wahai batang, tetapi, bagaimana mungkin kamu menjadi besar kalau bukan kami yang setiap hari melambai menyerap cahaya matahari?”
                “Katakan padaku..”tiba-tiba salah satu dahan mencelah. “Bagaimana pula kamu boleh berbuat begitu tanpa kami?”dan untuk seketika lamanya, pokok itu berdiam diri dalam kemarahan...
                Kemudian , pada suatu hari, seekor burung kecil terbang keluar daripada teduhan pokok itu. “Alangkah besar dan indah pokok ini,”ia berlagu “Oh, sememangnya kamulah pokok yang paling cantik antara beribu yang lain di dalam hutan ini.”
                Serta-merta, kesemua banagian pokok itu memberitahu kisah mereka kepada si burung “Jadi, siapakah antara kami yang paling penting?”Tanya akar,batang,daun dan dahan.
                “Tentulah kamu semua,”jawab si burung, “Kamu begitu cantik kerana kamu adalah 1POKOK.”

Cerita ni memang banyak maksud yang tersirat dan mendalam, kita mesti menghayati setiap yang diceritakan dalam kisah ini...kerana kisah ini membawa maksud mesej perpaduan dan perdamaian.....
READMORE
 

Senyum

Senyum itu indah bak bulan purnama yang megah bercahaya. Tiada lagi perbuatan yang indah melainkan senyum. Isteri yang senyum kepada suami, umpama beribadah kepada Allah. Anak yang senyum kepada orang tuanya, umpama membawa beribu pengertian kasih sayang. Umat Islam senyum sesama mereka umpama sekumpulan aktivis yang berusaha mengeratkan perhubungan antara dua pihak yang bertelagah. Senyum membawa pelbagai makna, hak atau batil. Gunalah senyuman itu sebagai sesuatu yang hak. Kerana sesuatu kebatilan tidak akan bertahan lama. Ingat! Senyuman boleh didbaratkan sebagai senjata untuk mencairkan hati orang lain. Rasulullah juga berbuat demikian. Ingat! Amal sedekah yang paling senang dilakukan adalah senyum. Janganlah kita berpaling muka sesama umat, senyumlah untuk muhibah. Senyumlah untuk menghijabkan segala kedukaan dalam hati, bukanlah untuk bertujuan hipokrit tetapi bertujuan untuk tidak merisaukan hati orang lain. Senyumlah dengan apa yang ada, biarpun sudah tiada gigi, sumbing atau sebagainya, senyumlah dalam apa-apa situasi. Sudah pasti Allah akan merahmati mereka nanti.

READMORE
 

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.