My Chubby Friends

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

ISU KALIMAH ALLAH

Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Sekiranya terdapat perkara yang menganggu-gugat kedudukan agama Islam maka pelbagai pihak akan bangkit berjuang untuk mempertahankan kedudukan agama tersebut.Islam boleh dikatakan sebagai agen penyatuan etnik Melayu biarpun berbeza fahaman politik dan ideologi. 

Antara polemik yang pernah berlaku di Malaysia mengenai Islam adalah isu penggunaan kalimah Allah. Polemik tersebut mula timbul apabila pihak gereja membuat  permohonan penggunaan  kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald- The Catholic Weekly di mahkamah dan permohonan mereka diluluskan atas sebab kebebasan beragama. Biarpun kalimah Allah diguna secara meluas dalam kebudayaan Arab sehinggakan penganut Kristian di rantau Arab juga merujuk kepada kalimah Allah sebagai tuhan bapa mereka, tetapi dalam konteks masyarakat Melayu ia mempunyai persepsi dan pendekatan yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu, kalimah Allah hanya Tuhan bagi orang Islam sahaja. Ini menepati konsep dalam Islam itu sendiri, iaitu konsep uruf dimana ia bermaksud setiap perkataan dan perbuatan yang telah jadi kebiasaan dalam sesuatu komuniti perlu dihormati. (Rujukan: Abdul Karim Zaidan. 1994. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh.)

Ramai pihak terutamanya masyarakat Islam bangkit habis-habisan menghalang penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja. Parti-parti politik berbalah sesama sendiri dalam menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan senario politik ketika itu boleh dikatakan dalam keadaan yang panas kerana setiap tindakan dan keputusan akan membangkitkan sentimen negatif masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama. Sehinggakan Majlis Raja-raja Melayu turut campur tangan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, seharusnya menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula penganut Islam merupakan majoriti dalam populasi di Malaysia dan sewajarnya pihak-pihak daripada agama lain menghormati kedudukan Islam di Malaysia di samping penganut Islam menghormati mereka dan membiarkan mereka bebas mengamalkan agama mereka tanpa menyentuh sebarang isu-isu senstif seperti isu penggunaan kalimah-kalimah suci dan sebagainya.
READMORE
 

haha... mentaliti rakyat Malaysia..

   Tengah2 aku online fesbuk aku tadi, aku ada ternampak satu post dari rakan fb aku . Sangat menarik pandangan dia terhadap mentalilti rakyat Malaysia yang sekarang asyik dok sibuk pasal politik. Aku pun sebenarnya dah naik muak dan bosan terhadap politik kat Malaysia ni. Lepas satu isu , isu lain lak yang timbul .. huh. What ever!!! huh.

  Credit to Nurfadzilah Ibrahim :) Ni saya copy paste bulat2 taw .. haha  :)

kepada yang menulis pos yang kat atas tu , kalau tak senang nama anda dipaparkan kat sini send lah feedback ... saya dengan hati terbuka terima segala feedback even nak remove pun boleh  :)
READMORE
 

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.