Aku tertarik dengan cerita ini.....
Di dalam sebuah hutan, tegak berdiri sebuah pokok gergasi mengatasi pokok-pokok lain dengan dahan dan bunganya yang berselirat.
Mencecah langit, bayangnya meliputi seluruh kawasan. Tidak ada satu pun pokok lain yang lebih besar dan kuat darpada pokok itu. Namun, ia tidak gembira. Jauh di dasar tanah akar mula berkata-kata “Kitalah sumber kekuatann pokok ini” kata mereka. “Kita menyedut air dan zat-zat dari tanah tanpa kita, bagaimana pokok ini bisa berdiri?”
“Aku yang membolehkan ia berdiri tegak sebegini,”satu suara lantang menjawab. “Aku adalah batang pokok ini, dan aku menampung berat dahanserta daun dan buah-buahnya. Lihatlah betapa besarnya aku,”degam-degum suaranya.
Di bahagian atas pokok itu, daun-daun menggeletar. Kemudian, dalam berbisik mereka berkata, “Apa yang kamu katakan itu benar, wahai batang, tetapi, bagaimana mungkin kamu menjadi besar kalau bukan kami yang setiap hari melambai menyerap cahaya matahari?”
“Katakan padaku..”tiba-tiba salah satu dahan mencelah. “Bagaimana pula kamu boleh berbuat begitu tanpa kami?”dan untuk seketika lamanya, pokok itu berdiam diri dalam kemarahan...
Kemudian , pada suatu hari, seekor burung kecil terbang keluar daripada teduhan pokok itu. “Alangkah besar dan indah pokok ini,”ia berlagu “Oh, sememangnya kamulah pokok yang paling cantik antara beribu yang lain di dalam hutan ini.”
Serta-merta, kesemua banagian pokok itu memberitahu kisah mereka kepada si burung “Jadi, siapakah antara kami yang paling penting?”Tanya akar,batang,daun dan dahan.
“Tentulah kamu semua,”jawab si burung, “Kamu begitu cantik kerana kamu adalah 1POKOK.”
Cerita ni memang banyak maksud yang tersirat dan mendalam, kita mesti menghayati setiap yang diceritakan dalam kisah ini...kerana kisah ini membawa maksud mesej perpaduan dan perdamaian.....
0 cubitan aku terima...:
Catat Ulasan