RAZraz

My Chubby Friends

Selamat Tinggal UPM !!!!

Saat aku posting update aku ni.. Aku kat Kompleks A ni.. tengah  tunggu parent datang jemput aku. Tangkak!! Tunggu aku ye... teringin sangat nak balik rumah dah ni!! Maklumlah, cuti 11 minggu.. Panjang~~~ 
p/s : : mentang nak balik kampung, bukan main semangat aku pasang lagu Zapin Ya Salam ni..huhuhu


Sedar tak sedar setahun sudah aku kat UPM. Macam semalam je aku rasa daftar kat UPM terutama kat Kolej Enam, macam-macam pengalaman aku ada...kawan-kawan aku ramai yang mengimbau kembali pengalaman orientasi semasa minngu-minggu pertama daftar di Kolej Enam. Ada yang sampai tergelak-gelak bila menceritakan balik pengalaman tu. Ya, ramai yang rasa macam tak percaya tahun depan kitorang akan digelar senior baik di kolej mahupun di fakulti. Sungguh cepat rasanya masa tu berlalu.

Sedar tak sedar, dah macam-macam hal dah jadi kat aku sepanjang setahun akui berada di UPM ni. Ada kisah sedih..teramat sedih, ada kisah yang boleh buat aku gembira. Tapi bila difikirkan balik lebih banyak kejadian-kejadian yang aku tak diingini berlaku. Dari satu hal ke satu hal yang lain, ada je perkara yang menyesakkan nafas aku. Yelah, setiap orang ada masalah masing-masing, termasuklah aku. Tapi, yang jadi aku lebih rasa serba-salah, bukan aku seorang je yang merasai masalah aku ni...orang lain pun turut sama susah kerana aku. Aku amat-amat berterima kasihlah kepada sesiapa yang sudi yang menolong aku selama ni. 

Keluarga aku memang sentiasa ada di belakang aku semasa masalah menimpa bertubi-tubi ke arah aku. memang bertubi-tubi, tapi aku sentiasa berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain. Ya, orang lain lihat aku macam tiada langsung masalah...tapi, macam-macam masalah yang datang, hampir aku bernekad nak larikan diri ke rumah je. Tak mahu belajar lagi. Sampai macam tu masalah aku sebenarnya. Tapi, bila kita berfikir rasional dan bukan menurut emosi, seringkali aku berfikir..setiap masalah tu ada hikmahnya, dan memang betul setiap masalah yang aku hadapi memang ada tujuannya, maka memang betullah segala yang terjadi telah dirancang oleh-NYA..DIA tahu yang terbaik buat aku. 

Kepada insan-insan yang baik hati yang telah menolong saya..pertolongan tu memang besar buat diri saya. Tiada pertolongan tersebut membuatkan saya terkapai-kapai, permasalahan yang saya hadapi tiada jalan penyelesaian. Saya memang betul-betul berterima kasih dan lagi satu, memang saya minta maaf sangat-sangat kerana dah menyusahkan ramai orang.


: : Post ni adalah luahan hati saya dari yang paling dalam sekali : :

READMORE
 

Sakit Betul Hati Aku

Ni la Cleverbot yang paling sewel sekali kat dunia!!


 


READMORE
 

WORDLESS WEDNESDAY #5


READMORE
 

Wordless Wednesday #4

I WANT 1 OF THEM...HAHA...RIGHT NOW!!





READMORE
 

ISU KALIMAH ALLAH

Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Sekiranya terdapat perkara yang menganggu-gugat kedudukan agama Islam maka pelbagai pihak akan bangkit berjuang untuk mempertahankan kedudukan agama tersebut.Islam boleh dikatakan sebagai agen penyatuan etnik Melayu biarpun berbeza fahaman politik dan ideologi. 

Antara polemik yang pernah berlaku di Malaysia mengenai Islam adalah isu penggunaan kalimah Allah. Polemik tersebut mula timbul apabila pihak gereja membuat  permohonan penggunaan  kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald- The Catholic Weekly di mahkamah dan permohonan mereka diluluskan atas sebab kebebasan beragama. Biarpun kalimah Allah diguna secara meluas dalam kebudayaan Arab sehinggakan penganut Kristian di rantau Arab juga merujuk kepada kalimah Allah sebagai tuhan bapa mereka, tetapi dalam konteks masyarakat Melayu ia mempunyai persepsi dan pendekatan yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu, kalimah Allah hanya Tuhan bagi orang Islam sahaja. Ini menepati konsep dalam Islam itu sendiri, iaitu konsep uruf dimana ia bermaksud setiap perkataan dan perbuatan yang telah jadi kebiasaan dalam sesuatu komuniti perlu dihormati. (Rujukan: Abdul Karim Zaidan. 1994. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh.)

Ramai pihak terutamanya masyarakat Islam bangkit habis-habisan menghalang penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja. Parti-parti politik berbalah sesama sendiri dalam menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan senario politik ketika itu boleh dikatakan dalam keadaan yang panas kerana setiap tindakan dan keputusan akan membangkitkan sentimen negatif masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama. Sehinggakan Majlis Raja-raja Melayu turut campur tangan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, seharusnya menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula penganut Islam merupakan majoriti dalam populasi di Malaysia dan sewajarnya pihak-pihak daripada agama lain menghormati kedudukan Islam di Malaysia di samping penganut Islam menghormati mereka dan membiarkan mereka bebas mengamalkan agama mereka tanpa menyentuh sebarang isu-isu senstif seperti isu penggunaan kalimah-kalimah suci dan sebagainya.
READMORE
 

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.