My Chubby Friends

Episod Sedih Syawal Pertama

Haaa... berhari raya memang satu perkara yg menyeronokkan , lebih2 lagi orang yg macam aku ni , duit raya dapat lagi biarpun usia aku dah menjangkau 19 tahun ...hehehe... satu hari aku aku menjelajah Muar dan Melaka !! huh ...penat gilaxxx , sekarang ni pun penat aku tak hilang lagi >>>aku tak tau la apa nak jadi esok , aku dengar ayah aku nak beraya banyak rumah ni...adehh<<< tapi tak pe!! Demi mendapatkan makanan dan duit raya!! Aku sanggup menghadapi segala cabaran!! Wakakakaka ... tak boley blaa~~

Hari ni agak kucar-kacir untuk aku , sebenarnya tiap-tiap kali raya hidup aku akan kucar bin kacir ... pergi sini , pergi sana , pergi situ , pergi sinun , entah apa pergi lagi tah!!! Ditambah lagi perut seakan-akan nak pecah meletup , muka berpeluh-peluh  ditambah lagi dengan tak cukup tidur ( adehhhh...memang terbaeekk laa ) ...apa yang aku fikir tatkala di kereta >> "nak tidur!!" ...hehehe... bila sampai di rumah sedara , aku cuma diam seribu bahasa jee , maklumlah jenis sedara setahun sekali baru jumpa ..kekok sikit laa.. tapi lama2 bolehlah biasakan diri sikit , TAPI YG GERAMNYA!!! Bila aku mula nak biasakan diri , masa tu lah mak aku ajak pergi tempat lain ...adehh  =.="  ( ikot je la )

Tatkala Syawal Pertama peristiwa sedih telah berlaku pada keluarga aku ..huk3.. memang sedih. Nak buat macam mana , takdir telah ditentukan sebegitu rupa. Jauh2 kitorang datang dari Tangkak ke Melaka semata-mata nak menghadiri rumah terbuka MB Melaka di MITC , tapi..... ( aduhh , sedihnya~~~) TAK DAPAT MASUK LANGSUNG!!! Adududududuh ... almaklumlah , baru 1st time pergi rumah terbuka Aidilfitri MB Melaka , tak tahu pulak suasananya agak menggerunkan aku. Meh tengok gambor kat bawah ni...
Orang sungguh ramai!!! Sampai tak boleh nak bergerak!!! Seriau aku dibuatnya ... "Bile lah dapat masuk ni??" ... tu je yg aku fikir masa tu , setelah hampir sejam kami sekeluarga masih tersadai kat lobi tak dapat masuk lagi ... kitorang pun cancel la nak masuk rumah terbuka tu (bazir sejam aku!!!).... Ada sorang Asoh cakap dia beratur dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 10.00 pagi baru boleh masuk!!! huh... memang tinggal harapanlah kalau kitorang nak masuk... Maka , bersedihlah kami sekeluarga~~~ (tak pun..blueek)

Peristiwa sedih tu lantas kitorang lupakan !!! Sekarang masa bershopping di Mydin Melaka!!! hehehe... port mak aku tuh. Mydin hari ni aku tengok sungguh luar biasa ... sungguh sunyi dan sepi ...hehehe , maklumlah RAYA KATAKAN~~ Bershoppinglah kami sekeluarga , segala-galanya ada di Mydin !!! Cekutlah mana yang anda suka , asalkan siapkan awal2 duit untuk dikorbankan!!! Wakakakaka....


Lepas je bershopping sakan kami sekeluarga pun pergi lah beraya sakan pulak ... putar balik Muar , beraya dan beraya dan beraya dan duit raya ..hehehe , maka episod sedih tu lantas kami lupakan. Hahahahahahaha~~ ( gelak jahat ) ~~ ... adeh, adeh ... perut aku dah nak meletop ni!!! barb~~

Penulis : Razif Razak ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Episod Sedih Syawal Pertama ini dipublish oleh Razif Razak pada hari Selasa, 30 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Episod Sedih Syawal Pertama
 

0 cubitan aku terima...:

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.