My Chubby Friends

Salam Ramadan : Mencari Lailatul Qadar


   Salam 18 Ramadan!!! Pejam celik pejam celik rasa cepat pulak Ramadan tahun ni berlalu. Lagi 12 hari je lagi nak habis. Sedih betul!!! Maklumlah bulan Ramadan ni cuma sebulan dalam setahun je kita berjumpa ( bajet je aku ni ). Haixxx, kita memang wajar berasa sedih taw yg bulan Ramadan ni akan meninggalkan kita semua , so paham2 je lah , kita kena lah mengambil peluang ni utk mengutip pahala sebanyak mungkin (adeh aku ni bukan layak sangat nak bagi nasihat2 ugama ni =.=' ). Tapi apa salahnya kalau saya ingatkan..huhuhu.

   Nak cari malam Lailatu Qadar?? emm, sebenarnya aku pun tak pernah jumpa malam yang mulia dari 1000 bulan tu. Maklumlah amalan tak cukup lagi ( adeh sentap betul aku!! ) . Tiap2 tahun aku pasang niat nak jumpa malam Lailatul Qadar tu , tapi apakan daya , diri ini tidak lah sebaik mana buat Qiamulail pun adehh. Tahun lepas aku tak buat pun Qiamulail pada bulan Ramadan , almaklumalah aku ni cuma manusia biasa yang tak boleh menahan rasa penat belajaq kat matrik tu... booooooo alasan je tu!!!!



   Tahun ni aku bisa buat kot. Yelah, tak ada pape komitmen , duduk rumah menggemukkan badan ( adeh, aritu aku buat medical check-up utk masuk universiti...doktor tu kata BMI aku kurang seyyy , wth!! astaghfirullah kurang pahala puase aku!! ). Haaaa, da lari tajuk ni!!! Yang penting aku nak berusaha jumpa malam Lailatul Qadar tahun ni!!! Apa salahnya berusaha kan , kalau ditakdirkan aku takkan jumpa pun tak apa lah. Mungkin aku takkan perasan malam tu adalah malam Lailatul Qadar tapi aku harap dengan malam tu lah akan menambahkan saham pahale aku utk menampung dosa aku yg dah sedia ada byk ni .... adeh =.="

   Aku tertarik dgn pos salah sorang kawan aku kat fb ..


hehe... betul apa yg dia tulis tu , MENCARI ITU LEBIH BAIK DARI MENUNGGU :)
So sama2 lah kita mencari malam yang penuh mulia ni di mana malaikat-malaikat dari langit akan turun ke muka bumi utk melihat khalifah2 Allah di muka bumi ini yg beribadah kpd Allah di malam hari. Tapi bagi aku lah, kita tak payah lah hiraukan sangat tanda2 Lailatul Qadar tu , kita beribadah jangan hanya terjumpa tanda-tanda Lailatul Qadar semata-mata , sepatutnya tiap-tiap hari kita perlu beribadah kepada-Nya ( huhu , jangan hiraukan sangat pendapat aku tu yee ;)

   Banyak gak lah aku bace pasal Lailatul Qadar ni. Huhu , aku kongsilah link2 yg best pasal Lailatul Qadar kat sini la ye :)

1
 http://www.niknasri.com/?p=4277   < blog Ustaz Nik Nasri, best2 entry dia..
2
3

Cukuplah 3 link tu ya. Banyak lagi link2 yg menarik telah aku baca. huhu ..kalau sudi klik lah kat sini  :)  ..

Penulis : Razif Razak ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Salam Ramadan : Mencari Lailatul Qadar ini dipublish oleh Razif Razak pada hari Khamis, 18 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1cubitan aku terima...: di postingan Salam Ramadan : Mencari Lailatul Qadar
 

1 cubitan aku terima...:

Mohd Hazwan Hashim berkata... | 18 Ogos 2011 pada 1:59 PTG

Insya-Allah ... mudah2an tahun ni sempat la kejar malam lailatul Qadar :) Amin

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.