My Chubby Friends

UPM destinasi seterus aku...

Destinasi pertama aku : Tadika Kemas Rumah Pangsa
hahahahaha...yang bulat tu aku. 
Aku macam tak percaya yg aku sekecil tu dulu..ngee2..berdasarkan gambar tu kebanyakan budak2 yg kat dalam tu aku dah lupa nama diorang..yelah, dah lama kot...nama cikgu tu pun aku dah *lupa* ...MasyaAllah!!! Puas aku fikir, sape nama cikgu tu....at last setelah beberapa hari aku cuba ingat, alhamdulillah, nama cikgu tu Cikgu Sarimah berasal dari Bukit Gambir (kalau tak silap aku). Cikgu ni pun dah lama aku tak jumpa, semenjak aku masuk sekolah rendah...masuk tahun ni, 2011 tolak dengan 1999, dah 12 tahun aku tak jumpa cikgu ni...
banyak benda2 bodoh pernah berlaku masa aku kat tadika ni..maklumlah, aku pun masa tu budak2 lagi...tak matanglah katakan...huhuhu...aku malas nak buka cerita lama kat sini.. :p
At least, ada lah kenangan yg aku tak boleh lupakan ketika aku kat tadika ni...boleh buat aku tergelak kalau diimbas-imbas kembali...betullah org cakap "perkara pahit yg berlaku sekarang akan menjadi kenangan manis pada masa hadapan" :)

Destinasi kedua aku : SK (Perempuan) Bandar Tangkak
huhu..ada jugak kawan2 aku yg pelik..."sekolah perempuan???" , "kau lelaki, bukan perempuan"...aku cume cakap, "hahahahahahaha" ....macam mana aku boleh bersekolah kat sini?? entah, aku pun tak tahu..kalau nak kata dekat dari rumah pun, tak lah dekat sangat..kalau nak diceritakan, ni sekolah rendah mak aku dulu...dulu masa zaman 60-an penduduk Tangkak minta kerajaan buka sekolah rendah khas utk perempuan. So, dalam tahun 64 kerajaan buatlah sekolah ni...disamping tu, kerajaan ada gak buat sekolah rendah utk lelaki...tapi bila dah masuk tahun 70-an, sekolah laki tu dah dibuka utk pelajar perempuan, maka bilangan pelajar kat sekolah perempuan tu mula menyusut...jadi, pada awal 70-an gak, pihak pentadbiran sekolah perempuan tu dah mula buka pendaftaran pelajar lelaki lak...so, pada tahun 1999 secara rasminya aku jadi pelajar sekolah tersebut... hehehehehehe  (relatifnya, memang pelajar perempuan lagi ramai dari pelajar lelaki)
hehehe..macam biasalah, muka aku yg kat dalam bulatan tu...dalam gambar tu aku nampak gemuklah pulak...masa ni aku darjah 6, dah lepas UPSR kot...sebenarnya ada 2 gambar, tapi lagi satu hilanglah pulak..entah kemana pergi gambar tu...huh...puas aku mencari...tak apalah, mungkin dah tak ada rezeki aku nak scan kot...yg paling penting aku masih ingat lagi semua nama2 budak yg kat dalam gambar tu...he3 (nak tunjuk hebatlah ni)...tapi, ada lah sorang dua orang tu yg aku tak pernah jumpa semenjak habis sekolah rendah...

Destinasi ketiga aku : SMK Tun Mamat
hehehe...tepat tahun 2004 secara rasminya aku bersekolah di sekolah ni.. :)
faktor2 utama kenapa aku sekolah kat sini :
  • terlalu dekat dari rumah...tak sampai 1 kilometer pun..and, kalau jalan kaki pun tak sampai 15 minit...
  • sekolah ni yg aku dengar antara sekolah yg terbaik kat area Tangkak...
  • ni sekolah ayah aku dulu...ngeee~~
  • dan, faktor2 lain yg aku anggap tak penting tak usah lah aku tulis kat sini... :p
hmmm...tapi sayang, gambar2 masa aku sekolah kat sini entah kemana pergi..pelik betul!! gambar2 tadika and sekolah rendah ada, gambar sekolah menengah lak tak ada...maklumlah, masa tu aku mana ada kamera yg boleh aku snap je apa2 gambar kat sekolah tu...(bajet macam aku ada kamera pulak masa tadika and sekolah rendah)
something special kat sekolah aku tu, emmm..nak tulis ke?? (mungkin ni agak keterlaluan)...
>>>tandas terbuka<<<
huuuuuu...ape tu tandas terbuka??? tak boleh bla betul...yg pastinya tu tandas lelaki lah, ni bukan maksudnya tandas tu tak ada dinding langsung. Cuma dinding luar saja yg dipecah...dinding2 yg kat dalam tu tak lah dipecahkan (gila kalau xde dinding langsung)...tu idea pengetua sendiri agaknya, kata dia nak elak gejala ponteng. Yelah, tandaskan port yg paling sesuai nak ponteng..tak silap aku depan tandas tu ada cctv (gilee). Bagi aku, privasi dah sedikit terganggu kalau macam ni...hu3..dan aku jarang guna tandas tu... Tandas tu memang terkenal dgn bau "semerbak mawar"..hahaha..lokasinya pun mantap...sebelahnya tempat makan guru dan kantin, depannya pula perpustakaan, dan tak jauh dari tandas tu ada bilik guru...laluan depan tandas pulak merupakan salah satu laluan utama nak pegi ke kantin...memang terbaeeek...kalau sape2 yg masuk tandas tu, kompom sume tahu orang tu masuk bilik tandas yg mana satu...hahahahahaha
Walau apa pun,aku tetap ridu dgn Tun Mamat...yelah, selama 5 tahun belajar kat sekolah tu..susah nak lupakan semuanya macam tu saje...kawan2 sentiasa aku ingat....ada seorang kawan aku ni, kesian dia, masa form 3, dia ni duduk kat belakang aku, bila time cikgu tak ada aku asyik kacau dia....hahaha...(masa tu aku tergejal sikit)...aku tarik2 alas meja dia, kacau dia gila2...hahaha...maklumlah masa tu darah masih muda lagi pikir nak seronok jee...hehehehe....tapi kawan aku tu sporting, dia tahu aku cume gurau2 je...bosan dia hilang, bosan aku pun hilang..hahahaha


    Nak cerita hantu kat sekolah tu..huh, byk cerita yg aku dah dengar..ada yg melayang,ada yg melekap,ada yg tiba2 je muncul, ada yg kejar org..huh, macam2 lagi lah...tapi yg beruntungnya, aku tak pernah jumpa pun...hahahahaha...kalau ada peluang nak jumpa pun aku tak nak..heee.. (em.em..ni bukan tandanya aku ni takutkan hantu ~~~walau sebenarnya aku takut..hish, ape ni?? dah2, jgn hiraukan sgt ye)

Maka pada tahun 2009 secara rasminya aku menamatkan persekolahan aku di SMK Tun Mamat...walaupun ada perkara2 yg kurang menyenangkan berlaku, tapi Tun Mamat sentiasa dalam hati aku...
"berjuang terus maju wahai putra dan putri...
lurah sama diturun,gunung sama didaki...lalalalalala" 

Destinasi keempat aku : Kolej Matrikulasi Perak

Oh tidak!!! Tu le perkataan pertama bila aku baru dpt tahu aku dpt masuk matrik ni....
      Matrik Johor terlalu dekat dari rumah aku...kenapa dpt matrik perak?? aduh, jauh tu...5 jam dalam kereta tu...huh...walhal, matrik perak ni tak ada dalam pilihan aku pun..apa yg aku pilih>> matrik johor, melaka dan negeri sembilan je...tapi dapat gak matrik perak...mula2 macam taknak masuk, tapi bila dipikirkan balik, kalau aku tak masuk matrik ni, aku nak masuk mana lagi?? dalam masa yg sama aku dah tahu tawaran dari UPU...tapi tu pun jauh, UDM kot..(sekarang UNISZA)...terengganu tu...at last, aku pun ambil keputusan utk belajar di matrik perak(KMPk). Mula-mula memanglah kekok, yelah tempat orang lah kata kan...semua orang aku tak kenal...tapi, lama-lama biasa je lah...huhuhu


hmmm...sampai sekarang aku masih fikir, "aku rasa macam semalam je aku daftar masuk matrik, tup2 dah habis dah" ...seronok gak lak pengalaman kat matrik ni, terutamanya bagi orang yg macam aku..baru pertama kali hidup berdikari, semua benda aku buat sendiri, baru ni lah aku merasa hidup seorang diri...
 Yang paling seronok bagi aku ketika bulan puasa tahun lepas, seperti biasalah apa yg aku nak cakap, tu lah pengalaman pertama aku berpuasa tanpa bersama keluarga..rasa seronok pula...huhuhu...tapi kalau dapat berpuasa bersama keluarga lebih baguslah bagi aku...tahun ni aku berpeluang berpuasa bersama keluarga...mungkin tahun2 depan tak berpeluang pulak...
  Hidup kat matrik ni pun ada peritnya, jadual waktu sudahlah padat, tiap2 hari dari pukul 8 pagi sampailah 4 petang, kuliah,tutor,kuliah,tutor,kuliah,tutor,kuliah,tutor,kuliah,tutor..blablablabla...kerja pun banyak, silibus pun makin hari makin banyak nak kena cover, sampaikan ada 1 hari tu aku give up terus...masa tu hari cuti kot, 1 hari aku tak buat apa2, kerja pun agak byk masa tu...so, aku stay up lah malam tu sampai pukul 3-4 pagi nak siapkan kerja2 tu (kalau aku buat pagi tu,mungkin dah siap..huh)..huk3...aku tak pernah cerita ni kat sape2 pun...ni lah 1st time aku cerita pengalaman aku yg ni...hmmmm
    Adik aku pun nak ikut jejak aku, nak masuk matrik...antara matrik pilihan dia> Perak, Negeri Sembilan dan Selangor...huh, Johor tak mintak pun...dahsyat betul adik aku ni. Aku harap dia dpt Perak..huhuhu...boleh berkongsi-kongsi pengalaman dgn dia lak...1st thing aku nak ceritakan lecturer2 kat KMPk at adik aku nanti..huhuhu...
     Emmm...tepat 20 April 2011 maka secara rasminya aku menjadi bekas pelajar KMPk..huhuhu...last day tu, aku rasa sungguh gembira sebab peperiksaan dah habis, aku gak berasa sangat sedih sebab aku terpaksa meninggalkan semua kawan2 aku...sedih sangat. Tapi aku kena terima hakikat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan..kalau ada rezeki bolehlah jumpa lagi dgn kawan2 aku tu...(aku berharap sgt dpt jumpa diorang)



 <<<suasana dalam LH2...suasana bergantung kepada subjek..ada subjek yg boleh membuatkan aku tertidur, ada subjek yg boleh membuatkan aku terbeliak biji mata..huhuhu...













Destinasi kelima aku : Universiti Putra Malaysia (UPM)
emmm...risau sikit, maklumlah tak pernah hidup kat U...
    Apa yang aku dengar dari cakap2 orang, nak hidup kat U ni kena pandai bawa diri..kena berhadapan dengan seniorlah, hidup pun agak bebas, assignment pun bukan main buat je..ada format dia sendiri, kena buat presentation la, macam2 lagi lah...seriau gak darah aku mendengar cerita kawan2 aku yg pernah masuk U...tunggu dan lihat sahajalah...
   Yang paling penting 7 September 2011 secara rasminya aku akan menjadi UPM-ians ...huhu...istilah tu timbul dari komen2 kat facebook..aku pun pakailah istilah tu...hehehe...aku buat Bacelor Perakaunan selama 4 tahun kat sana...dan kolej kediaman aku>> Kolej keenam...hmmm, aku nak carilah maklumat pasal kolej aku tu..macam mana rupa dia ek???

huhu....dapat jugak aku tengok logo kolej keenam cantik gak >>>>










huhu...kat bawah ni ada sedikit gambar yg aku dapat dari internet...(kolej keenam)...  :)









huhu...gambar ni aku copy paste je....berdasarkan pandangan pertama aku, ok kot...huk3...gambar kolej keenam aku ambil kat sini.. :)








Penulis : Razif Razak ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel UPM destinasi seterus aku... ini dipublish oleh Razif Razak pada hari Selasa, 9 Ogos 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan UPM destinasi seterus aku...
 

2 cubitan aku terima...:

nurul atikah berkata... | 14 Ogos 2011 5:54 PG

pjg nyer..=.='' xpe2.. yg penting asal pic aq x der.. hahahah... aq sebelah pui yee.. hehe

Razif Razak berkata... | 14 Ogos 2011 7:39 PG

sat g aq nak cari pic ang lah nurul atikah ..kukukui

komen2 lah kat sini...

Razif Razak. Dikuasakan oleh Blogger.